Kenali BAKISKA Ibu Pejabat

Badan Kebajikan Islam Kastam (BAKISKA) Cawangan Ibu Pejabat bernaung dibawah Badan Kebajikan Islam Kastam (BAKISKA) Malaysia merupakan sebuah NGO dibawah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang mengkoordinasi serta menguruskan perkara berkaitan hal ehwal kebajikan Islam bagi anggota Jabatan yang bertugas di Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Selain itu, BAKISKA juga turut menjalankan program-program dakwah dan penerapan kefahaman Islam khususnya untuk warga JKDM di Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang cadangan bagi memantapkan lagi pergerakan BAKISKA Cawangan Ibu Pejabat, tuan/puan boleh e-mailkan cadangan tersebut kepada mana-mana Ahli Jawatankuasa yang dipilih.

1 comment: