Wednesday, 21 June 2017

PROGRAM RAMADHAN RELIEF

Bersempena bulan Ramadhan tahun ini, program Ramadhan Relief telah diteruskan seperti mana tahun sebelum nya. Program ini bertujuan menyampaikan sumbangan-sumbangan yang telah diterima daripada seluruh warga Jabatan dan disalurkan anak-anak yatim dan Asnaf yang dikenalpasti.

Bagi program kali ini, 3 buah rumah kebajikan untuk anak yatim telah dipilih iaitu :

                    i)   Pusat Jagaan Baitus Sakinah Wal Mahabbah, Kota Warisan, Sepang
                    ii)  Pusat Jagaan Kanak-Kanak Miskin/ Yatim Rukaiyah, Sg. Merab, Kajang
                    iii) Pertubuhan Kebajikan  Baitul Barokah Wal Mahabbah, Sepang 

Wakil Bakiska Putrajaya telah menziarahi rumah kebajikan ini pada 20 dan 21 Jun 2017. Alhamdulillah sumbangan dapat disampaikan kepada yang berhak dan tahniah serta terima kasih kepada semua warga Ibu Pejabat yang sama-sama memberi sumbangan.





No comments:

Post a Comment