Wednesday, 10 May 2017

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN BAKISKA MALAYSIA KALI KE-13

Mesyuarat Agung Perwakilan Bakiska Malaysia Kali Ke-13 telah berlangsung pada 7 - 9 Mei 2017 bertempat di Grand Beach Resort, Port Dickson. Bakiska Ibu Pejabat telah menghantar 5 orang perwakilan dan seorang pemerhati ke mesyuarat agung kali ini selain 3 perwakilan yang bersama barisan exco sesi 2015-2017. Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Bakiska Kali ke13 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Indera Subromaniam Tholasy, Ketua Pengarah Kastam Malaysia pada Majlis Makan Malam yang diadakan.
 

Sekitar Majlis Makan Malam Mesyuarat Agung Perwakilan Bakiska Malaysia ke13.

Mesyuarat Agung Perwakilan Bakiska ke13 berlangsung pada 8 Mei 2017 bermula jam 9.00 pagi dan tamat pada 5.30 petang. Mesyuarat berjalan lancar dan turut berlangsung pemilihan Barisan Exco Sesi 2017-2019. Tahniah diucapkan kepada barisan exco yang baru dipilih. 

Bakiska Ibu Pejabat juga mengucapkan Setinggi Tahniah kepada Pengerusi Bakiska Ibu Pejabat, Tn. Mohd Nasir bin Deraman kerana dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua (YDP) Bakiska Malaysia sesi 2017-2019 serta Pn. Suraiya binti Yahaya yang dipilih sebagai Exco sesi 2017-2019.

 SAF PIMPINAN TERTINGGI BAKISKA MALAYSIA SESI 2017 - 2019
YDP: Tuan Hj Iskandar Jaafar - HQ
Tim. YDP: Tan Hj Mohd Nasir Deraman - HQ
Naib YDP: Tan Jowel bin Nooh - Selangor.
 
Barisan Exco sesi 2017-2019
 Sekitar Mesyuarat Agung Perwakilan Bakiska Malaysia ke13.

Perwakilan Bergambar Kenangan bersama Barisan Exco sesi 2015-2017.

 

CERAMAH SEMPENA ISRAK DAN MIKRAJ

Bakiska Ibu Pejabat dengan kerjasama Unit Latihan Ibu Pejabat telah menganjurkan siri ceramah bersempena dengan Peristiwa Israk dan Mikraj yang telah diadakan pada 4 Mei 2017 yang lalu. Ceramah bertajuk "Berimankah Kita dengan Peristiwa Israk dan Mikraj" ini telah disampaikan oleh Selebriti TV3, Da'i Mohd Hazman Yani bin Ahmad.

 Pada ceramah yang disampaikan, beliau telah berkongsi kisah perjalanan Rasulullah SAW semasa peristiwa Israk dan Mikraj dan memberi contoh serta pengajaran yang boleh diambil oleh semua dengan kehidupan kita pada masa ini.

 Antara hadirin yang hadir
 


Tuesday, 2 May 2017

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN BAKISKA IBU PEJABAT KE 12



Badan Kebajikan Islam Kastam Malaysia Cawangan Ibu Pejabat telah selamat mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan ke 12 pada 6 April 2017. Mesyuarat diadakan bertempat di Dewan Semarak Jati, Aras 2 Selatan, Ibu Pejabat JKDM dan telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/GST), YBhg. Dato' Zulkifli bin Yahya. Mesyuarat telah berjalan dengan lancar dan dalam mesyuarat yang sama diadakan pemilihan AJK BAKISKA Ibu Pejabat bagi sesi 2017-2019 seperti berikut :

Pengerusi :  Tuan Mohd Nasir bin Deraman
Naib Pengerusi : Puan Nora’ini binti Abd Khalid
Setiausaha : Tuan Mohd Amarul Izwan bin Rasli
Bendahari : Puan Rozita binti Amat

Ahli Jawatankuasa :
Tuan Yusri bin Abd. Jalil
Tuan Saifitry bin Ahmad
Tuan Dzulham bin Ali Akbar
Tuan Muhamad bin Che Jaafar
Puan Suraiya binti Yahaya
Tuan Ahmad Sofian bin Salleh
Tuan Amer bin Shah Mohamed
Puan Normaidah binti Mohd Shokori

Juruaudit :
Tuan Sabarudin bin Yusof
Tuan Mohammad Anuar bin Abdullah