Monday, 12 February 2018

Program Sepanjang Januari

Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Ibu Pejabat

Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil bagi Januari telah diadakan pada 19 Januari 2018 di Surau Aras 5 Utara, JKDM Ibu Pejabat. Majlis telah dipimpin oleh Ustaz Ab. Khawi dihadiri oleh hampir 100 orang pegawai yang dapat meluangkan masa bersama-sama dalam majlis ini. Pengarah Cawangan Siasatan Ibu Pejabat Dato' Hj. Rumainor b. Sarif dan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Teknik merangkap Yang DiPertua Bakiska Pusat Tuan Hj. Iskandar b. Hj Jaafar turut meluangkan masa bersama-sama dalam majlis yang diadakan.





Siri Ceramah Bulanan "Pemantapan Solat"

Siri Ceramah Bulanan pada Januari bagi tajuk "Pemantapan Solat" telah diadakan pada 29 Januari di Dewan Semarak Jati, JKDM Ibu Pejabat. Ceramah telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Hasnan bin Kasan, pensyarah kana Universiti Kebangsaan Malaysia.